Peraduan Kahwiniku! tawar hadiah RM80,000
2012-12-10 Disediakan oleh Berita Harian
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menawarkan hadiah bernilai sehingga RM80,000 dalam peraduan Kahwiniku! Dedikasi Cinta yang bermula 6 Disember ini sehingga 17 Januari tahun depan.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dr Ang Bon Beng (gambar), berkata apa yang perlu dilakukan untuk menyertai peraduan julung kali dianjurkan pihaknya itu ialah peserta menyatakan dedikasi cinta mereka di laman Facebook Nissan Malaysia dengan cara paling kreatif sama ada menerusi sekeping gambar atau video.
Penyertaan teratas
Beliau berkata, 10 penyertaan teratas dengan mengumpul ‘Like’ paling banyak akan dinobatkan sebagai pemenang.
"Pemenang hadiah utama akan berpeluang untuk meraikan detik cinta mereka dengan penuh bergaya menerusi iringan kereta perkahwinan mewah membabitkan sebuah Nissan Teana dan empat buah Nissan ALMERA serta jurugambar yang akan merakamkan saat bersejarah itu.
Wang tunai
“Selain itu, mereka bakal menerima wang tunai sebanyak RM5,000, penginapan percuma selama tiga hari dua malam di Hotel Grand Lexis, Port Dickson.
Hadiah lain, sepasang jam tangan Ellese, set penjagaan rambut profesional Shiseido, tilam Bio Magnetic, satu set Fujifilm Instax dan baucar servis bernilai RM500 daripada Tan Chong Express Auto Service (TCEAS)” katanya pada satu kenyataan dikeluarkan semalam.
Ang berkata, peraduan sebagai lanjutan daripada iklan lamaran Nissan ALMERA yang popular ditayangkan di televisyen, yang menggambarkan seorang pemuda melamar gadis dicintainya menerusi cara yang unik tetapi menyentuh hati dan perasaan sekali gus berjaya menambat hati mereka yang menontonnya.
Beliau berkata, pihaknya percaya ramai pasangan muda akan mengambil bahagian dalam peraduan berkenaan kerana memahami keinginan mereka untuk memiliki kereta keluarga yang pertama.
Katanya, syarikat sentiasa berusaha mencari cara yang kreatif untuk berhubung dengan pelanggan dengan kali ini ia disasarkan kepada pasangan muda dan yang sudah berkeluarga.
Model terbaru
Sementara itu, Ang berkata, kenderaan keluaran Nissan sememangnya diterima baik oleh keluarga di Malaysia yang sangat dikenali kerana kualiti reka bentuk, tahan lasak dan kecekapan penggunaan bahan api.
“Ini tidak terkecuali untuk model terbaru kami iaitu Nissan ALMERA yang kini menerajui sedan segmen B dengan ruang kabin dan kargonya yang luas tanpa mengorbankan reka bentuk luaran yang kemas,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari laman Facebook Nissan Malaysia di alamat: www.facebook.com/NissanMalaysia.

Rakan tarikh saya mempunyai Nissan Almera Malaysia, kereta kegemaran saya
ReplyDelete