Saturday, 10 November 2012

Kisah Cinta Jaguh Badminton Malaysia

11 tahun sulam cinta
Disediakan oleh Berita Harian

Ikatan kasih dua jaguh badminton termeterai di KLCC dalam majlis penuh warna-warni

Selepas 11 tahun menyulam detik suka duka sebagai pasangan kekasih, minat sama dalam badminton akhirnya menyatukan dua jaguh sukan itu, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo dalam alam rumah tangga.

Dewan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi menjadi saksi ikatan suci dua jiwa dimeterai dalam majlis penuh meriah dihadiri lebih 1,000 tetamu.

Dia mengenali dan menyukai saya ketika saya belum lagi mencipta nama... sikapnya tak pernah berubah. Dia setia menunggu dan saya rasa tiba masa menyuntingnya sebagai isteri. Dia wanita yang sabar dan saya mengagumi sifatnya," Chong Wei

Tetamu kehormat diketuai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Pasangan pengantin baru yang masing-masing berusia 30 dan 29 tahun kelihatan segak dan anggun dengan sut hitam dan gaun pengantin putih perincian mewah tajaan DL Fashion.

Mereka yang berkenalan hampir 11 tahun, tiba di dewan yang bertemakan putih dan keemasan, kira-kira jam 8.45 malam sambil diiringi lagu Colors of The Wind nyanyian Vanessa Williams.

Mengiringi mempelai ialah pasukan pengiring pengantin lelaki yang terdiri daripada beregu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, Gan Teik Chai, Khoo Chung Chiat di samping dua sahabat karib Chong Wei, Yap Khean Boon dan Sunny Ang.

Terdahulu Chong Wei dan Mew Choo menyampaikan cenderamata kepada Yang di-Pertuan Agong dan Najib sebagai tanda terima kasih. Sebelum jamuan malam berkonsep barat bermula, tetamu turut dihidangkan dengan video ringkas pengenalan ikon badminton itu membawa kepada majlis lamaran istimewa.

Turut ditayangkan video sebelum dan selepas pendaftaran perkahwinan pengantin, manakala penyanyi, Suki dan Man Bai menghiburkan tetamu dengan beberapa lagu. Pasangan pengantin menukar persalinan sut lengkap hitam dan gaun merah untuk majlis memotong kek selepas kira-kira setengah jam meluangkan masa bersantap dengan tetamu diraja dan kenamaan.

Turut diadakan ialah acara memotong kek perkahwinan setinggi enam tingkat.

Persalinan rasmi perkahwinan Chong Wei dengan Mew Choo mendapat tajaan RM1.25 juta butik fesyen terkemuka, DL Fashion, sekali gus menjadikan perkahwinan dua selebriti sukan tanah air itu paling mahal dan penuh glamor dalam sejarah sukan negara.

Butik berkenaan membelanjakan RM850,000 untuk menyiapkan sut Chong Wei dan gaun Mew Choo serta kos penggambaran dan rakaman video yang ditayangkan pada majlis makan malam perkahwinan mereka. Hari ini, lebih 1,500 tetamu membabitkan ahli keluarga dan rakan bakal menghadiri resepsi kedua di tempat sama.

Kisah cinta Chong Wei dan Mew Choo mampu diolah menjadi skrip drama, penuh kisah suka dan duka, namun takdir sudah menentukan biar sekuat mana pun ancaman gelora, hubungan suci berakhir dengan noktah ceria.

Dengan kesibukan masing-masing mengejar kejayaan, takdir cinta mereka sejak kali pertama bersua muka di Kem Badminton Kebangsaan 2001 di Kuala Lumpur, tetap utuh meskipun tidak terlepas dilanda ujian.

Kesabaran dan kesetiaan Mew Choo menantikan putera idaman, ternyata bukan saja menambat hati Chong Wei, malah disenangi ahli keluarga anak Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu. Apatah lagi, anak bongsu daripada empat beradik itu satu-satunya yang belum berkahwin.

Datang daripada latar belakang sama sebagai pemain badminton, kesabaran Mew Choo, 29, berdepan kesibukan Chong Wei, 30, yang juga pemain nombor satu dunia mencipta tarikan lebih kuat buat pasangan ini bergelar pasangan suami isteri.

“Dia mengenali dan menyukai saya ketika saya belum lagi mencipta nama... sikapnya tak pernah berubah. Dia setia menunggu dan saya rasa tiba masa menyuntingnya sebagai isteri. Dia wanita yang sabar dan saya mengagumi sifatnya,” kata Chong Wei mengenai isterinya.

Mew Choo, bekas jaguh perseorangan wanita negara pula menyatakan keikhlasan Chong Wei terhadapnya menyebabkan dia menerima lamaran yang disuarakan.

No comments:

Post a Comment