Mungkin ada yang menyangka tarikh 12 Disember 2012 merupakan tarikh istimewa yang menjadi pilihan para pengantin baru untuk melangsungkan kisah cinta mereka, tetapi realiti sebenarnya tidak begitu. Ini berdasarkan pandangan beberapa orang guru feng shui dari China yang menggambarkan bahawa tarikh 12 Disember 2012 bukanlah tarik yang sesuai untuk berkahwin.
Tak ramai kahwin 12 Disember 2012
Disediakan oleh Berita Harian
Hong Kong: Bilangan pasangan di Hong Kong yang merancang berkahwin pada 12.12.12, tarikh yang diramalkan guru feng shui sebagai paling bertuah, dilihat semakin berkurangan berbanding tarikh 11.11.11 tahun lalu.
Tarikh seperti 10.10.10 atau 11.11.11 secara tradisi menyaksikan ramai pasangan yang akan berkahwin, tetapi beberapa guru feng shui China berkata tarikh 12 Disember tahun ini yang dilihat sebagai menandakan ‘cinta’ adalah tidak sesuai untuk berkahwin.
Pendaftaran perkahwinan Hong Kong hanya menerima 696 permohonan daripada pasangan yang merancang untuk berkahwin pada Rabu ini, kata seorang jurucakap jabatan imigresen yang memantau pendaftaran terbabit yang dihubungi AFP.
Ini satu penurunan besar berbanding 1,002 perkahwinan pada 11 November tahun lalu yang menandakan ‘cinta abadi’, manakala 859 perkahwinan pada 10 Oktober 2010 yang dilihat sebagai ‘kesempurnaan.’
Feng shui satu kepercayaan kuno China yang biasanya menyalurkan kuasa psikik baik dan buruk melalui susunan perabot atau perhiasan. Ia juga turut menentukan tarikh bertuah.
Guru feng shui, Sammy Au yang dipetik akhbar The Standard berkata tarikh 12.12.12 berkenaan tidak sesuai untuk perkahwinan tetapi disifatkan sebagai sekadar ‘tarikh agak bertuah’.
Au sebaliknya memilih tarikh 18 dan 31 Disember yang diramalkan sebagai tarikh yang lebih baik. - AFP

No comments:
Post a Comment