‘Cinta hampa’ wanita seberang
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Lebih 50 kes membabitkan rakyat Malaysia terutama lelaki terkandas di Sumatera, Indonesia, sejak tahun lalu selepas diperdaya dengan cinta palsu wanita negara jiran berkenaan.
Sebahagian besar wang mereka dikikis habis sehingga tinggal sehelai sepinggang sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat pulang ke tanah air dan membayar denda selepas didapati tinggal melebihi masa di negara itu. Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othaman, yang dihubungi dari sini, semalam berkata, berdasarkan laporan yang diterima pejabat Konsulat Malaysia di Medan, ramai rakyat Malaysia terutama lelaki terkandas selepas ditipu wanita warga Indonesia yang mereka kenali di tanah air sebelum datang ke sini. “Kes yang paling banyak diterima membabitkan lelaki Malaysia yang diperdaya wanita termasuk ibu tunggal dan isteri warga Indonesia sehingga kehabisan wang sebelum ditinggalkan sehelai sepinggang.
“Kebanyakan kes ini dikesan selepas mereka datang ke pejabat konsulat dan meminta bantuan untuk pulang ke Malaysia selain menguruskan denda yang dikenakan pihak imigresen negara itu kerana tinggal melebihi masa dibenarkan,” katanya.
Beliau berkata, selain lelaki berumur dalam lingkungan 30 hingga 50-an, lelaki warga tua turut terkandas selepas menjadi mangsa penipuan wanita negara itu yang menghilangkan diri selepas mengikis wang dan barang berharga milik mereka.
“Sebahagian besar wanita ini mempunyai niat yang tidak ikhlas, justeru, saya menasihatkan rakyat Malaysia, sentiasa berhati-hati dan berwaspada agar tidak mudah terjerat dengan tipu helah mereka,” katanya.
Selain kes penipuan cinta, sebahagian besar lagi rakyat Malaysia dilaporkan terkandas kerana terbabit dalam kes jenayah seperti keldai dadah dan memperdagangkan wanita warga Indonesia.

No comments:
Post a Comment