120 pasangan kembali cinta
Disediakan oleh Berita Harian
Modul Program Bulan Madu Kedua selamatkan rumah tangga
KUALA TERENGGANU: "Pada mulanya saya keberatan menyertai program ini, tetapi selepas mengikuti modul disediakan, saya dapati ia sangat menarik kerana membangkitkan kesedaran erti kehidupan suami isteri yang perlu dipenuhi kasih sayang dan sikap tolak ansur," kata Mohd Alwi Mat Aziz, 30, antara peserta Program Bulan Madu Kedua anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Beliau berkata, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakannya ketika program tiga hari dua malam di Tasik Kenyir apabila dia dan isteri dikehendaki saling menyuap makanan pada majlis makan malam ditemani nyalaan lilin. Katanya, bermula dari situ, hubungan kasih sayang berputik kembali hingga menyelamatkan rumah tangga, malah kini beliau dan isterinya, Suzyani Abdullah, 31, telah memperoleh seorang cahaya mata berusia 10 bulan.
Mohd Alwi dan isteri antara 120 pasangan yang dapat diselamatkan daripada keretakan rumah tangga selepas mengikuti program kerajaan negeri.
Peserta program yang dijalankan secara berperingkat sejak Julai tahun lalu, dibawa bercuti secara percuma ke pelbagai lokasi bagi menyuburkan kembali perasaan intim pasangan berkenaan dengan sebahagian besarnya baru berkahwin kurang lima tahun.
Pasangan Zuhaimi Maliki, 35, dan isterinya, Rosliza Md Razali, 26, yang baru dua tahun berkahwin, turut mengakui kasih sayang mereka kembali kuat selepas mengikuti program itu.
“Antara perkara menarik dalam kursus itu apabila penceramah menyentuh sikap pasangan suami isteri yang malu berpegangan tangan sedangkan tindakan itu menjadi bukti kasih sayang pasangan,” katanya.

No comments:
Post a Comment