Lelaki Arab Saudi Kahwin Empat Dengan Rakan-Rakan Satu Sekolah
Disediakan oleh Berita Harian
Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi berusia 50-an mencatat rekod unik kerana empat isterinya bersekolah. Lelaki itu mengahwini pengetua, guru dan seorang pelajar di sekolah yang sama manakala isteri keempat adalah penyelia di sekolah lain.
Kes ini pelik dan unik. Semua guru dan pelajar selalu bergurau mengenainya, kata seorang guru di sekolah tiga isteri lelaki berkenaan. Pada masa sama, katanya, pengetua berkenaan tidak cuba mengambil kesempatan kerana kedudukannya lebih tinggi daripada madunya. Guru itu dipetik akhbar Okaz sebagai berkata, pengetua melayan madunya seperti orang lain ketika bertugas di sekolah terletak di Jizan, barat laut Arab Saudi. Beliau melayan madunya, guru dan pelajar berkenaan seperti juga pelajar dan guru lain, katanya.
Laporan tidak menyatakan sama ada dia mengahwini isterinya serentak dan usia pelajar berkenaan. Lelaki itu tinggal tidak jauh dari sekolah isterinya. Bagaimanapun, bagi pihak tertentu, mereka memberi pandangan bahawa beristeri lebih daripada satu adalah perbuatan salah dari segi sosial.
Bolehkah dia uruskan tekanan mental, fizikal dan kewangan untuk membesarkan anak atau dia akan biarkan mereka saja, kata Zeezo dalam komen di internet. Satu lagi komen menasihati lelaki berpoligami itu memulakan sekolah lain dan memegang jawatan kanan.
Agensi

No comments:
Post a Comment