Tuesday, 27 November 2012

Kahwin Beza Politik Tak Halang Majlis

Baling: Perbezaan fahaman politik bukan penghalang bagi tiga keluarga di Kampung Ketemba Kememeh, dekat Kuala Pegang untuk menjayakan bersama majlis kenduri kahwin.

Kenduri membabitkan lima pasangan dari tiga keluarga itu diadakan di Surau.

Penghulu Abu Bakar, di sini dan dihadiri lebih 4,000 tetamu. Apa yang menarik, selain empat khemah milik UMNO, pasangan raja sehari itu turut dinaungi satu khemah PAS dan secara tidak langsung membuktikan kesepakatan masyarakat lebih utama berbanding soal politik.

Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, ketika ditemui mengakui senario terbabit suatu yang patut direnungkan semua pihak.

"Benar pelbagai isu timbul berhubung konflik antara PAS dan UMNO kini, namun bagi masyarakat daerah ini terutama di Ketemba Kememeh, ia tidak pernah menjadi halangan untuk mereka bekerjasama.

"Ini dapat dilihat melalui penganjuran majlis hari ini. Walaupun ada keluarga terdiri dari orang PAS dan ada juga yang UMNO, masing-masing kerjasama walaupun PAS ada mendoakan kemusnahan UMNO," katanya ketika ditemui sempena majlis resepsi berkenaan, semalam.  -BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment